Komputer dalam pendidikan (GE1155) merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar tahun pertama bagi Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Keadaan ini seiring dengan peredaran zaman yang amat mementingkan dan mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan warga dunia. Justeru, kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat ini haruslah dipelajari dan dipraktikkan untuk kegunaan individu dan bersama.
Kami telah menghadiri kelas yang pertama bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu kedua iaitu pada 29 September 2011. Dalam kelas yang pertama ini, kami telah diarahkan untuk mencipta akaun yahoo mail, google mail, yahoo group, facebook, facebook group dan blog. Pendaftaran akaun-akaun ini telah dibuat secara individu.
Yahoo Mail dan Google Mail..
Yahoo mail dan google mail digunakan untuk menghantar dan menerima pesanan atau mesej daripada koordinator kursus kami iaitu Dr Siti Fatimah binti Mohd Yassin dan juga pensyarah kursus kami iaitu Pn Norhafizah binti Adnan. Pada permulaannya, kami ditugaskan untuk membuat akaun yahoo dan google secara rasmi. Selepas mendaftar kedua-dua akaun tersebut, kami perlu mengedit 'signature' untuk setiap akaun email tersebut. Signature tersebut harus diisi dengan nama penuh, program, institusi, nombor telefon, serta alamat akaun yahoo, google, facebook, facebook group, yahoo group dan blog dengan menggunakan link yang betul.
Facebook..
Selepas selesai mendaftar akaun yahoo dan google, kami perlu membuat akaun facebook secara rasmi. Kami dikehendaki untuk menambah kenalan baru yang terdiri daripada rakan-rakan sekelas kami iaitu S1K4, pensyarah kursus dan koordinator kursus kami. Kami juga perlu memperkenalkan diri kami setelah selesai menambah kenalan. Selain itu, kami diminta untuk mengedit akaun facebook dengan meletakkan 'username' seperti yang telah dilakukan di dalam akaun yahoo dan google. Contohnya, http://www.facebook.com/ainaabubakar. Kemudian, masukkan alamat facebook tersebut ke dalam signature yahoo mail dan google mail.
Yahoo Group..
Yahoo group digunakan untuk memudahkan urusan perbincangan antara ahli kumpulan dan tajuk perbincangan pula adalah menyeluruh. Untuk mendapatkan akaun yahoo group, kami perlu melayari laman web http://groups.yahoo.com/ dan mandaftar dengan menggunakan yahoo id yang sah. Kemudian, kami diminta untuk menamakan group tersebut dengan nombor matrik dan group serta meletakkan nama penuh dan prgram dalam bentuk kurungan (description box). Sebagai contoh, A137330S1K4 (Aainaa Abu Bakar-Khas). Setelah itu, kami perlu 'invite' pensyarah kursus dan koordinator kursus iaitu ge1155@yahoo.com.
Facebook Group..
Facebook group juga digunakan untuk memudahkan urusan perbincangan antara ahli kumpulan. Kami diminta untuk mencipta akaun facebook group. Kemudian, namakan facebook group kami dengan nombor matrik dan kumpulan serta nama penuh dan pragram di dalam 'description box'. Sebagai contoh, A137330S1K4 (Aainaa Abu Bakar-Khas). Cara untuk membuat akaun facebook group adalah sama seperti yahoo group. Selepas itu, kami perlu 'invite' kawan-kawan sekelas, pensyarah kursus dan koordinator kursus. Setelah siap, masukkan alamat facebook group tersebut ke dalam signature.
Blog..
Perkara terakhir yang harus kami lakukan ialah membuat blog. Blog boleh dibuat melaui akaun google. Kami harus mencipta dan mendaftar blog secara rasmi sama seperti yahoo group dan facebook group. Kami perlu menamakan blog tersebut dengan nombor matrik dan kumpulan beserta nama penuh dan program yang diambil. Setelah itu, editkan signature google dan yahoo dengan memasukkan alamat blog tersebut. Kemudian, kami ditugaskan untuk menghantar email yang telah dilengkapi dengan signature dan link yang betul kepada pensyarah kursus dan koordinator kursus. Dengan penciptaan blog ini serba sedikit telah memberikan saya pengalaman untuk berkongsi ilmu yang telah saya perolehi dengan kawan-kawan lain.






No comments:
Post a Comment