Sunday, 25 December 2011

Minggu Keempat Belas...

Minggu 14 merupakan minggu terakhir bagi kami dalam mengikuti pembelajaran untuk kursus Komputer Dalam Pendidikan sebelum kami menempuhi alam peperiksaan. Tugasan pada minggu ini amat memberikan cabaran yang kuat kepada kami semua. Tugasan yang dimaksudkan ialah Database. Database boleh dibuat dengan menggunakan perisian OpenOffice Base dan Microsoft Office Access. Tetapi saya telah membuat pilihan untuk membuatnya dengan menggunakan OpenOffice Base.

OpenOffice Base

Pertama sekali, kami perlu mengisi maklumat di dalam Tables, Queries, Forms dan Reports.


Di dalam setiap Tables, Queries, Forms dan Reports itu perlu ada data-data dan butiran iaitu butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum. Setiap satunya harus diisi. Contoh data yang harus dimasukkan ke dalam butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum adalah seperti di bawah ini..

Butiran pelajar :
  • Nombor pelajar
  • Nama pelajar
  • Alamat pelajar
  • No kad pemgenalan
  • Jantina
  • Bangsa
  • Agama
  • Status
  • Kaum 
  • Warganegara
Butiran Keluarga : 
  • Nombor pelajar
  • Nama bapa dan ibu
  • Pekerjaan bapa dan ibu
  • Gaji bapa dan ibu
  • Alamat bapa dan ibu
Butiran Kurikulum
  • Nombor pelajar
  • Kursus 1,2,3
Butiran Kokurikulum
  • Nombor pelajar
  • Uniform
  • Persatuan 1,2
  • Sukan 1,2

Untuk mengisi maklumat di dalam Tables, Tables > Create Table in Design View. Bagi data NOMBOR PELAJAR perlu ditetapkan sebagai Primary Key. Tetapi haruslah diingat bahawa setiap data yang telah dibuat perlulah sentiasa disimpan (save) supaya mudah untuk kita menyelesaikan database tersebut.





Untuk mengisi maklumat di dalam Queries, Queries > Use Wizard to Create Query. Query hendaklah dibuat berdasarkan jadual pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum.



Untuk mengisi maklumat di dalam Forms, Forms > Use Wizard to Create Form. Kemudian data-data yang terdapat dalam setiap butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum hendaklah diisi dalam bentuk Form.



Dan untuk mengisi maklumat di dalam Report, Report > Use Wizard to Create Report. Setelah report tersebut selesai dibuat, maka ia akan berbentuk seperti jadual.


Setelah selesai membuat Tables, Queries, Forms dan Reports, kami perlu membuat Relationship. Tools > Relationship > add setiap butiran yang telah dibuat. Kemudian tarik setiap table butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum supaya ia akan bersambung antara satu sama lain seperti di bawah ini...




Dengan ini, maka berakhirlah tugasan kami pada semester 1 ini. Diharap segala ilmu yang telah dicurahkan melalui kursus Komputer Dalam Pendidikan dapat digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Sekian sahaja dari saya....

Thursday, 22 December 2011

Minggu Ketiga Belas...

SPREADSHEET...Itulah tugasan yang perlu kami lakukan pada minggu 13 ini. Minggu kedua terakhir ini  merupakan tugasan yang perlu dilakukan tanpa mengikut tajuk kami. Perisian OpenOffice Calc dan Microsoft Office Excel merupakan perisian yang perlu kami gunakan untuk membuat spreadsheet tersebut. Dengan menggunakan OpenOffice Calc, kami harus mencipta perbelanjaan diri selama setahun bermula dari bulan Januari hingga Disember. Saya dan rakan-rakan telah membuat keputusan untuk membuat perbelanjaan mengikut mingguan. Manakala Microsoft Office Excel digunakan untuk membuat skor dan gred pelajar.

OpenOffice Calc - Perbelanjaan Diri
  • Bina perbelanjaan diri untuk setahun bermula dari bulan Januari hingga Disember.
  • Namakan sheet mengikut bulan dari bulan Januari 2012 hingga Disember 2012.
  • Buat jadual perbelanjaan diri dengan memasukkan item seperti makanan, pakaian, komunikasi, pembelajaran, pengangkutan dan kesihatan serta item baki minggu lepas, jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan dan baki keseluruhan bagi bulan tersebut.
  • Item makanan, pakaian, komunikasi, pembelajaran, pengangkutan, kesihatan dan jumlah pendapatan perlu diisi oleh kita sendiri. 
  • Manakala untuk mencari nilai baki minggu lepas, jumlah perbelanjaan dan baki keseluruhan adalah :
      1. Baki minggu lepas (diperolehi melalui baki keseluruhan dalam minggu yang lepas)
      2. Jumlah perbelanjaan (makanan + pakaian + komunikasi + pembelajaran + pengangkutan + kesihatan). Caranya adalah dengan klik SUM > highlight item-item perbelanjaan. Contohnya : SUM (E3:J3)
      3. Baki keseluruhan (baki minggu lepas + jumlah pendapatan - jumlah perbelanjaan). Kemudian tarik sahaja anak panah kolum tersebut ke bawah untuk mendapatkan nilai yang diperlukan.
  • Bagi bulan seterusnya iaitu bulan Februari hingga Disember, untuk memudah dan mempercepatkan kerja, kami hanya perlu copy sahaja belanjawan pada bulan Januari, dengan hanya mengubahsuai nilai-nilai perbelanjaan yang telah dibuat di bulan seterusnya. Inilah hasilnya...




Microsoft Office Excel - Skor dan Gred Pelajar
  • Buat jadual skor dan gred pelajar.
  • Senaraikan nama-nama pelajar dan matapelajaran yang diambil.
  • Letakkan markah dan gred di setiap matapelajaran.
  • Buat jadual "Jumlah Markah Gred" untuk menetapkan markah-markah mengikut gred yang betul. Kemudian tetapkan jadual Jumlah Markah Gred sebagai "Define Name". Formulas > Define Name.


  • Selain kolum Jumlah Markah Gred, kolum gred bagi setiap matapelajaran juga perlu ditetapkan sebagai "Define Name". 

  • Seterusnya, tambah fungsi Average, Standard Deviation, Minimum dan Maximum.
  • Cara-cara untuk mendapatkan nilai average, standard deviation, minimum, maximum dan gred ialah :
      1. Average = AVERAGE (D11:D32)
      2. Standard Deviation = STDEV (D11:D32)
      3. Minimum = MIN (D11:D32)
      4. Maximum = MAX (D11:D32)
      5. Gred = VLOOKUP (D11,JumlahMarkahGred,2,TRUE)
  • Kelima-lima fungsi tersebut juga boleh digunakan melalui Formulas > AutoSum / Recently Used / Lookup & Reference.
  • Fungsi Average juga boleh ditetapkan sebagai "Conditional Formating" dengan memilih tetapan "Above Average". Home > Conditional Formating > Top/Bottom Rules > Above Average. Ini dilakukan bagi membezakan markah pelajar-pelajar yang berada di atas markah purata keseluruhan. 


  • Graf bagi setiap matapelajaran perlu dibuat bagi melihat prestasi setiap pelajar. Contohnya : BM = COUNTIF (GredBM,D32).


Thursday, 15 December 2011

Minggu Kesebelas dan Kedua Belas...

Setiap minggu tugasan yang diberikan semakin mencabar pengetahuan kami. Dalam 2 minggu ini iaitu minggu 11 dan 12, kami perlu mempelajari tentang kemahiran pembentangan dan perisian multimedia iaitu OpenOffice Impress. Kemudian, berdasarkan kepada tugasan 5 (mini research), kami perlu membuat pembentangan dengan menggunakan Impress.



Terdapat pelbagai kegunaan dalam menggunakan OpenOffice Impress. Pada hakikatnya, Impress ini adalah sama sahaja jika mahu dibandingkan dengan PowerPoint iaitu terdapat kemudahan seperti Master Pages, Layouts, Table Design, Custom Animation dan Slide Transition. Tetapi, satu perkara yang membezakan kedua-dua jenis perisian ini adalah dari segi penggunaan slides. Impress mempunyai 5 fungsi slides iaitu normal, outlines, notes, handout dan slide sorter.



Inilah hasil kerja pembentangan saya dan pasangan dengan menggunakan perisian OpenOffice Impress...


Namun begitu, kami juga perlu membuat pembentangan dalam bentuk Microsoft PowerPoint. Ini bermakna kami perlu menyelesaikan 2 jenis pembentangan mengikut bentuk yang berbeza. Pembentangan yang dihasilkan dalam bentuk PowerPoint perlu disertakan dengan elemen multimedia iaitu video (edit di dalam Windows Movie Maker), grafik/imej (edit di dalam Paint), animasi (edit di dalam Custom Animation atau GIMP) dan audio (rekod dan edit dengan menggunakan Audacity).

Video...

  • Dibuat dengan menggunakan Windows Movie Maker.
  • Kami perlu membuat satu video yang berkaitan dengan tajuk masing-masing. 
  • Masukkan setiap satu gambar yang mahu digunakan. Susun gambar mengikut kesesuaian kita.

Audio...
  • Boleh dibuat dengan menggunakan perisian Audacity.
  • Audacity ini boleh dimuat turun daripada internet secara percuma tanpa memerlukan sebarang bayaran.
  • Fungsi Audacity : 
      • Digunakan untuk merakam suara dan kemudian boleh memainkan suara tersebut semula.
      • Boleh menukarkan pita rakaman ke dalam bentuk digital.
      • Boleh mengedit pelbagai jenis fail audio.
      • Boleh diedit secara "Cut, Copy and Paste".
      • Boleh menggabungkan beberapa fail suara atau audio.
      • Boleh merakam audio secara live melalui mikrofon, pita rakaman atau minidiscs.
      • Boleh merekod suara sehingga 16 saluran sekaligus.
      • Tahap meter boleh memantau tahap kelantangan sebelum, semasa dan selepas rakaman dilakukan.

Gambar / Imej...
  • Diedit di dalam Paint.
  • Paint mempunyai fungsi untuk mengedit sesuatu gambar mengikut keinginan kita.


Wednesday, 7 December 2011

Minggu Kesembilan dan Kesepuluh...

Tugasan pada minggu ke-9 dan ke-10 ini sangat menarik. Dalam minggu ini, kami perlu mempelajari sistem multimedia iaitu Microsoft Paint/Paint Brush, Shapes/Smart Art Powerpoint, GIMP (OSS), Online-Google Draw (collaborative drawing) dan OpenOffice Draw (OSS).

Pertama sekali, kami perlu mencari maklumat dan belajar dengan lebih terperinci tentang gambar grafik 2D iaitu bitmap dan vektor. Tetapi pernahkah anda semua mendengar ungkapan 'bitmap' atau 'vektor'? Setelah dikaji, bitmap dan vektor merupakan jenis gambar grafik yang diolah di dalam komputer. Tetapi kedua-dua jenis gambar grafik ini adalah berbeza. Gambar-gambar yang merupakan hasil scan adalah gambar-gambar bitmap. Gambar dengan format data bitmap boleh disimpan dalam pelbagai bentuk format fail seperti BMP, EPS, GIF, JPEG, PICT dan TIFF. Manakala gambar-gambar yang dibuat menggunakan aplikasi seperti Adobe Illustarator, Freehand dan Corel Draw akan disimpan sebagai grafik vektor. Data vektor pula boleh disimpan dalam format fail seperti EPS, PDF dan PICT.

Perbezaan gambar bitmap dan vektor

     


Vektor
Bitmap
Disusun oleh objek geometri yang dibuat berdasarkan perhitungan matematis
Disusun oleh objek yang disebut piksel
Mempunyai sifat resolusi yang bebas
Mempunyai sifat resolusi bebas  atau dipengaruhi resolusi
Pengaruh pembesaran tidak pecah atau rosak
Pengaruh pembesaran pecah dan  rosak jika melampaui batas sesuatu  paparan
Saiz penyimpanan adalah kecil
Saiz penyimpanan adalah besar
Digunakan untuk ilustrasi dengan bentuk geometri sederhana, warna solid tanpa terlalu banyak variasi warna. Sesuai untuk logo dan jenis reka bentuk yang bergantung kepada kesederhanaan bentuk.
Digunakan untuk gambar kompleks, dalam bentuk ragam warna dan bentuk yang berlainan, seperti imej daripada hasil sasaran kamera.
Format penyimpanan dalam bentuk AI, CDR, FH, EPS
Format penyimpanan PSD, TIF, JPEG, GIF, BMP
Program yang digunakan adalah Corel Draw, Adobe Illustrator, Macromedia Freehand
Software yang digunakan adalah Adobe Photoshop, Corel Photopaint, MS Paint



Setelah mengkaji serba sedikit tentang 2 jenis gambar grafik tersebut, kami telah ditugaskan untuk membuat brochure dan booklet mengenai tajuk tugasan masing-masing. Kami perlu membuat brochure dengan menggunakan Microsoft Publisher. Microsoft Publisher > Brochure > pilih design. Kami boleh membuat dan mencipta gambar/imej dengan menggunakan mana-mana editor grafik yang telah disediakan. Apabila selesai membuat brochure, simpankannya dalam bentuk format asal dan format pdf.

Inilah brochure yang telah saya dan pasangan hasilkan...




Kemudian, kami juga perlu membuat booklet dengan menggunakan Microsoft Word. Microsoft Word > Page Layout > anak panah kecil di tepi Page Setup > Multiple Pages > Bookfold. Buat muka hadapan booklet dengan menggunakan 2 column. Dan di bawah ini saya sertakan rekaan booklet yang telah saya dan pasangan saya hasilkan...

Wednesday, 16 November 2011

Minggu Ketujuh dan Kelapan...

Minggu ini, kami perlu melaksanakan tugasan baru iaitu SPSS (Statistical Package for Social Science). Kami diberikan masa selama 2 minggu untuk menyelesaikan tugasan ini. SPSS merupakan program komputer yang digunakan untuk tujuan kaji selidik serta menganalisis teks, statistik dan data. SPSS amat sesuai untuk kaji selidik penyelidikan. Bagi memudahkan proses SPSS, beberapa tutorial tentang SPSS telah diberikan seperti di bawah ini.

1.SPSS Basic Skills Tutorial
http://my.ilstu.edu/~mshesso/SPSS/tutorial.html
2.Why is my evil lecturer forcing me to learn statistics?
http://www.sagepub.com/field3e/Downloads/samplechapter.pdf
3.Introduction to IBM SPSS Statistics 18
http://spss.co.in/chapters.aspx?id=1

Soalan kaji selidik yang telah kami hasilkan di dalam google document ialah https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dE9jemN1WjFMNUN6U09NVjMxbGtxYVE6MQ. Manakala soalan kaji selidik yang telah dicetak sebanyak 10 helai harus diedarkan kepada 10 orang responden untuk mendapatkan pandangan mereka secara manual tentang tajuk tugasan saya dan pasangan iaitu perisian sumber terbuka. Hasil daripada sesi soal jawab kaji selidik secara manual dan online yang telah dibuat, kami akan gunakan data-data tersebut untuk dimasukkan ke dalam SPSS.

Daripada soal selidik yang telah dicetak dan dijawab, kami harus memberikan kod bagi pemboleh ubah setiap item dengan menggunakan pensel. Contohnya :

  • Borang ID : berikan nilai 1-10
  • Jantina : 1.Lelaki, 2.Perempuan
Kemudian, kami mesti memasukkan dan menamakan data yang diperoleh ke dalam SPSS dengan menggunakan Variable View. Contohnya : 
  • Name : No ID
  • Type : String
  • Width : 8
  • Decimals : 0
  • Label
  • Nombor ID Borang
  • Values : None
Seterusnya, masukkan setiap data daripada jawapan soal selidik yang dicetak dan daripada google doc ke dalam bentuk Data View. Kami telah menerima 24 orang respondan iaitu 10 orang telah menjawab secara manual (soal selidik yang dicetak) manakala yang selebihnya seramai 14 orang telah menjawab secara online melalui google document. Data yang berada di dalam google doc boleh diimport (Data > Merge / import) ke dalam Data View dan pastikan setiap 'variable' adalah sama. Kemudian, untuk menukarkan data ke dalam bentuk graf, analyze > descriptive data : Frequencies > masukkan soalan yang hendak ditukar ke dalam bentuk graf > Chart. Setelah selesai, jadual dan graf yang talah dibuat boleh disalin daripada SPSS Viewer ke dalam OpenOffice Writer untuk dibuat report/laporan. Report tersebut perlulah merangkumi :

  • Tajuk
  • Abstrak
  • Pengenalan
  • Kajian lepas (Literature Review)
  • Metodologi kajian (Research Approach)
  • Dapatan kajian (Finding)
  • Perbincangan
  • Kesimpulan

Report yang telah saya dan pasangan hasilkan ialah http://f1.grp.yahoofs.com/v1/UNDqTv5ev2hPpXQpp3AYiz_c2bVGVX9v1sINy4J2HsPp4gr6V2VqfbMJpVNN4CauesJI88DjqtCiXeoABAPE3Q/Minggu%207-8/New%20Document%20of%20OSS%20report.pdf

Sunday, 30 October 2011

Minggu Keenam...

Pada minggu ini, kami perlu membuat soalan kaji selidik berdasarkan tajuk tugasan kami. 10 soalan diperlukan bagi melengkapkan penyelidikan kaji selidik tersebut. Setiap kumpulan yang mempunyai tajuk yang sama pula perlu membuat soalan kaji selidik yang berbeza. Oleh itu, kami harus berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain supaya soalan-soalan yang dicipta tidak sama. Sebelum memulakan tugasan membuat soalan kaji selidik ini, Dr telah memberikan beberapa garis panduan bagi penyelidikan kaji selidik tersebut. Antara laman webnya ialah :
http://www.statpac.com/surveys/
http://www.surveysystem.com/sdesign.htm
http://www.cc.gatech.edu/classes/cs6751_97_winter/Topics/quest-design/

10 soalan yang dicipta haruslah menggunakan jawapan yang mempunyai pelbagai pilihan. Sebelum membuat soalan-soalan tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan iaitu menetapkan tujuan serta objektif kajian dan cipta beberapa soalan untuk setiap objektif yang dibuat. Objektif saya dan pasangan saya berdasarkan tajuk tugasan kami adalah untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka kepada pelajar-pelajar lain. Untuk menghasilkan soalan kaji selidik tersebut, kami perlu buat dengan menggunakan survey monkey dan google document.

Survey Monkey...
Antara panduan yang kami gunakan untuk survey monkey ialah :
http://help.surveymonkey.com/euf/assets/docs/pdf/UserManual.pdf?nolntercept/1
http://help.surveymonkey.com/app/answers/detail/a_id/29/~/guides-and-tutorials-on-surveymonkey

Sebelum kami memulakan tugasan untuk mencipta 'questionnaire', pendaftaran harus dilakukan secara percuma di http://www.surveymonkey.com/. Setelah mendaftar, kami boleh membuat soalan-soalan kaji selidik tersebut dengan mudah. Ini adalah soalan untuk survey monkey yang saya dan pasangan telah hasilkan http://www.surveymonkey.com/s/MC5GJCZ

Google Document...
Antara panduan yang kami gunakan untuk membuat google doc ialah :
http://teacherlink.ed.usu.edu/TLresources/training2/Google/GoogleForms.pdf
http://vimeo.com/3087713
http://www.google.com/google-d-s/tour1.html

Questionnaire boleh dibuat di dalam google document dengan menggunakan akaun gmail. Buka laman web https://docs.google.com/ atau klik pada bahagian dokumen jika menggunakan gmail. Soalan kaji selidik tersebut boleh dibuat dalam pelbagai bentuk sama ada objektif, subjektif atau lain-lain. Kita boleh menambah demografi dan item/soalan di dalam pelbagai format seperti aneka pilihan, 'checkboxes' dan skala. Saya dan pasangan saya telah membuat soalan dalam bentuk objektif. Selain itu, untuk memperlihatkan google doc tersebut kelihatan menarik, kita boleh memilih salah satu tema daripadanya.

Soalan kaji selidik yang telah saya hasilkan ialah https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dE9jemN1WjFMNUN6U09NVjMxbGtxYVE6MQ

Soalan kaji selidik tersebut perlu diletakkan di dalam facebook peribadi, facebook group dan yahoo group dengan menggunakan laman web https://login.yahoo.com/config/login_verify2?.intl=us&.src=ygrp&.done=http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assignment_5__mini_research_001318731681/. Kemudian, kawan-kawan dari kelas lain digesa untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Selain tu, soalan-soalan tersebut juga perlu dicetak dengan menggunakan google doc dan diedarkan kepada 10 orang respondan.

Wednesday, 26 October 2011

Laporan Untuk Memperkembangkan Perisian Sumber Terbuka di Malaysia

Perisian sumber terbuka mula diperkenalkan pada tahun 1960-an apabila komputer komersial pertama diperkenalkan. Perisian yang disediakan ini adalah percuma. Pengguna boleh berkongsi kod sumber terbuka dengan pengguna lain kerana ia boleh diubahsuai dan diperbaiki. Perisian ini telah mula digunakan di Malaysia pada tahun 2001 iaitu 10 tahun yang lalu setelah beberapa tahun internet digunakan.

Namun begitu, walaupun perisian ini telah lama diperkenalkan di Malaysia, perisian ini masih kurang digunakan disebabkan kurangnya publisiti untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka ini kepada umum. Hal ini menyebabkan tidak ramai pengguna yang mengetahui akan kewujudannya walaupun ia sudah lama diperkenalkan. Selain itu, pengguna lebih cenderung untuk menggunakan perisian yang berbayar berbanding perisian sumber terbuka yang sememangnya percuma. Keadaan ini disebabkan pengenalan perisian sumber terbuka yang kurang diketahui oleh orang awam. 

Perisian sumber terbuka ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak tersebut,tetapi adalah berdasarkan prinsip sosial iaitu untuk berkongsi ilmu pengetahuan ,mempelajari serta membangunkan kemahiran baru. Kajian Ghosh(2004) di negara Bhutan mendapati bahawa negara membangun yang miskin terpaksa membayar jumlah wang yang berkali ganda dari pendapatan negara kasar untuk mendapatkan perisian tulen bagi kegunaan negara tersebut.Dengan menggunakan perisian sumber terbuka(OSS) ini,negara berkenaan dapat menjimatkan pendapatan negara mereka dan digunakan untuk membantu rakyat mereka yang memerlukan.

OSS seharusnya diperkembangkan penggunaannya di Malaysia kerana perisian ini boleh digunakan oleh individu mahupan institusi dan organisasi tertentu seperti syarikat-syarikat awam mahupun swasta.Hal ini akan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada syarikat tersebut disamping mengurangkan kos pengurusan syarikat.OSS ini juga adalah setanding dengan perisian yang berbayar seperti Open Office(OSS) adalah serupa dengan Microsoft Office(berbayar). Terdapat lebih daripada 240 OSS yang wujud namun kerana tidak meluasnya publisiti,ramai pengguna yang tidak mengetahui tentang kewujudannya.Antara OSS yang terkenal adalah seperti Linux,Mozilla,Sendmail,dan Open Office. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma di Internet.

Antara kelebihan OSS ini berbanding perisian berbayar terhadap syarikat adalah perpindahan teknologi tanpa kos.Konsep kod sumber terbuka ini membolehkan sesiapa sahaja boleh belajar tentang cara pembangunan perisian tersebut. Selain itu,penggunaan OSS ini dapat mencegah risiko muflis bagi syarikat tersebut.Jika para pengguna menggunakan perisian berbayar,mereka mungkin kehilangan sumber rujukan jika syarikat perisian berbayar tersebut muflis dan mereka juga tidak boleh memastikan pihak yang akan bertanggungjawab terhadap hal ini dan risiko untuk mereka muflis juga tinggi. Tetapi jika pihak pengurusan OSS ini dibubarkan,para pengguna masih boleh menggunakan perisian ini kerana akan ada kumpulan lain yang akan mengambil alih pengurusan perisian ini.

Di samping itu,perisian ini juga harus diperkembangkan di peringkat institusi pengajian di Malaysia kerana terdapat beberapa OSS yang boleh diaplikasikan dalam sistem pendidikan seperti Moodle. Perisian ini menekankan aspek pembelajaran dalam talian dan tidak bermotifkan keuntungan. Ghosh(2004) dalam laporan FLOSS(Free Libre Open Source System) melaporkan bahawa potensi penggunaan sumber terbuka oleh segelintir pakar teknologi dalam membantu membangunkan sumber terbuka telah banyak memberi sumbangan kepada sistem pendidikan.Pembelajaran secara atas talian ini telah dapat diterima dan diguna pakai oleh pelajar dan institusi pendidikan walaupun pada awalnya mereka kurang mengetahui akan teknologi baru ini.

Secara keseluruhannya,terdapat banyak kelebihan dalam penggunaan OSS. Jika pengguna menggunakan perisian OSS ini,mereka tidak perlu menaiktaraf perisian ini. Jika mereka menggunakan perisian berbayar,mereka perlu sentiasa menaiktaraf perisian tersebut supaya mereka dapat terus menggunakannya. Selain itu,OSS ini boleh diubahsuai oleh individu lain mengikut kehendak mereka tanpa perlu meminta kebenaran dan membayar kepada syarikat perisian tersebut. Perisian berbayar boleh diolah namun mereka perlu membayar kepada syarikat tersebut dan meminta kebenaran daripada syarikat perisian tersebut dahulu sebelum melakukannya kerana mereka akan dikenakan saman jika melakukan pengubahsuaian tanpa berbincang dengan syarikat perisian tersebut.

Oleh itu,perisian sumber terbuka perlu diperkembangkan penggunaannya kerana perisian ini mempunyai banyak kelebihan dan perisian ini mampu dimiliki oleh semua golongan.

Tuesday, 25 October 2011

Minggu Kelima...

Pada minggu ini, kami telah diarahkan untuk membuat research berdasarkan tajuk tugasan kami yang sebelumnya iaitu perisian sumber terbuka (open source software). Dalam proses research ini, Dr Siti Fatimah telah memberikan beberapa link yang boleh digunakan untuk tujuan pencarian maklumat bagi tajuk tugasan kami.

Educational Research :
http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html
http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Training/Training_Materials/Quality/Qu_Mod1.pdf
http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/
http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires.htm

Literature Review :
http://lancashirecare.wordpress.com/2008/03/19/easy-steps-to-doing-a-literature-review/
http://www.gwu.edu/~litrev/
http://www.writing.utoronto.ca/advice/specific-types-of-writing/literature-review
http://www.3metaku.com/

Online Materials :
http://www.ukm.my/library/
http://www.ezplib.ukm.my/login
http://scholar.google.com.my/
http://books.google.com/

Kami juga dikehendaki untuk mencari maklumat dan belajar dengan lebih terperinci tentang plagiat yang merupakan satu perbuatan 'copy and paste'. Untuk memudahkan urusan pencarian maklumat ini, Dr Siti Fatimah telah memberikan beberapa link berkaitan plagiarism.

Plagiarism :
http://www.plagiarism.org/
http://guides.library.ualberta.ca/content.php?pid=62200&sid=457651
http://www.plagiarism.org/plag_article_how_do_i_cite_sources.html

Setelah itu, kami harus memilih beberapa artikel daripada laman web tersebut berkenaan tajuk tugasan saya dan pasangan iaitu perisian sumber terbuka. Kami perlu mendapatkan 2 artikel daripada jurnal UKM, 1 artikel daripada google book dan google scholar. Hasil daripada research kami, antara artikel yang kami pilih ialah seperti :

Jurnal UKM :
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuNDMzMGVjZDAtOWI3Mi00NTE2LWFhZjMtNDkwZjM3MWY3NTUx&hl=en_GB&pli=1
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuYWNiMjI0OTctOGYzMy00MWMwLWIzYzctZjA1YWYyOGI5MmFl&hl=en

Google book :
http://books.google.com/books?id=M7XCwkf7HZEC&lpg=PA31&dq=perisian+sumber+terbuka&pg=PA31#v=onepage&q=perisian%20sumber%20terbuka&f=false

Google scholar :
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuMWUyZjA1YjgtYmIwNy00ZTc2LWE2MGEtNWMxYWUzNjY3Nzk3&hl=en

Daripada sumber-sumber rujukan yang telah diperoleh, kami harus membincangkan topik tugasan tersebut dengan pasangan masing-masing dan kawan-kawan lain melalui facebook group bagi mendapatkan pandangan mereka. Kemudian, kami diminta untuk membuat laporan tentang apa yang harus dilakukan di Malaysia berdasarkan tajuk tugasan masing-masing. Penulisan laporan tersebut haruslah berasaskan sumber rujukan yang telah diperoleh. Open Office Writer digunakan untuk proses membuat laporan tersebut.

Monday, 24 October 2011

Learning Management System (LMS)

What is Learning Management System?

Learning management system is a software application for those who make a job for the administration, documentation, automation, communication, centralization of information, tracking and reporting of training programmes, classroom and online events, e-learning programmes and training content. It is enables the management and delivery of learning content and resources of students. Most learning management system are web-based to facilitate “anytime, anywhere” access to learning content and administration. Learning management system is not only useful in the field of education but it also plays an important role in the business world.

Why use Learning Management System?

Learning management system will be used to enhance student opportunities and provide flexibility skill and learner choices. We also will emphasise blended approaches that combine face-to-face between each other with this technology supporting learning, for example between student and lecturer or teacher. This software is easier for student to make their work or assignment as well as to train us to improve in administration, communication and centralization of information skills. A learning management system also provide students to use an interactive features such as threaded discussions, video conferencing and discussing forums.

Who use it?

Learning management system is used by student, lecturer, teacher and also in business world like businessman. Students can use it to complete their assignment and easy to make some communication with their lecturer. This system also used by lecturer to access the student’s assignments or performances and give the information about their courses and classes. So, the students can more easier yo know that without any movement.

Where does it use?

This software is usually used in school, higher education institutions or universities and offices for business work.

How to use it?

For those who want to use and access this software, they must have ta make a registration as a new user. Then, the password will given to them. So that they can access and explore the feature easily.

Advantages of Learning Management System

1. Provide student with the ability to use an interactive features such as threaded discussion.
2. Provide an instructor or lecturer to create and deliver content, monitor student participation and access student performance.
3. It is fully legal and secured
4. Can access this software at anytime in 24 hours a day for any location.
5. Student and lecturer can communicate among each other with this web-based technology.

Open Source Software

1. System Moodle
2. The Sakai Project
3. Docebo
4. eFront
5. Claroline
6. Ganesha
7. OLAT

Monday, 10 October 2011

Minggu Ketiga dan Keempat...

Pada minggu ini, kami telah diarahkan untuk menyelesaikan tugasan bersama pasangan masing-masing. Pasangan saya ialah Farah Alwanie binti Ali. Terdapat sebanyak 11 tajuk tugasan telah diberikan oleh koordinator kursus kami. Pada permulaannya, saya dan pasangan telah memilih tajuk netiquette, tetapi kami telah ditukarkan kepada tajuk yang lain iaitu open source software (perisian sumber terbuka)...
Berikut adalah tugasan kedua kami yang berkenaan dengan perisian sumber terbuka....


Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)


Definisi Perisian Sumber Terbuka

Apakah perisian sumber terbuka? (What)
sumber perisian terbuka adalah perisian yang kod-kod sumbernya boleh dikongsi bersama tanpa ikatan hak cipta yang ketat.Secara ringkasnya kod-kod perisian terbuka boleh dimiliki,dilihat dan disebarkan semula kepada umum asalkan ia mematuhi hak cipta asal sumber terbuka.

Mengapakah perisian sumber terbuka diwujudkan? (Why)
Kewujudan perisian ini adalah penyelesaian kepada masalah virus, malware, perisian cetak rompak dan beberapa perkara yang berkaitan dengan ancaman keselamatan dan kos perbelanjaan yang sering dikaitkan dengan isu komputer sekarang.

Bagaimanakah perisian sumber terbuka digunakan? (How)
Setiap pengguna boleh berkongsi kod sumber yang sama dan menyesuaikannya mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Siapakah yang menggunakan perisian sumber terbuka? (Who)
Pihak yang mempunyai sumber kewangan yang terhad seperti sektor awam, sektor perniagaan, institusi pengajian dan orang awam boleh menggunakannya kerana perisian yang ditawarkan adalah percuma.

Bilakah perisian sumber terbuka diwujudkan? (When)
Sumber terbuka mula dipopularkan di California pada bulan Januari 1998. Di Malaysia pula Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka (OSS) Sektor Awam mula dilancarkan 16 Julai 2004. Malaysia menjadi negara terawal yang melaksanakannya setelah 6 tahun perisian ini dilancarkan.

Di manakah perisian sumber terbuka digunakan? (Where)
Perisian sumber terbuka ini digunakan di dalam pejabat sektor-sektor perniagaan dan institusi-institusi pengajian

Kelebihan Perisian SumberTerbuka

1)Tiada paksaan untuk menaiktaraf sesuatu perisian
Pembekal yang membekalkan perisian sumber terbuka tidak memaksa pelanggan untuk menaiktaraf perisian mereka malahan pelanggan diberi pilihan samaada untuk menaiktaraf perisian tersebut ataupun tidak. Manakala pelanggan yang menggunakan perisian berbayar perlu menaiktaraf perisian apabila tempoh masa perisian tersebut telah tamat tempoh. Hal ini kerana penaiktarafan ini adalah untuk menjamin kelangsungan keuntungan kepada pihak pembekal tersebut.

2)Kos yang efektif  
Perisian sumber terbuka selalunya tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan.Hal ini akan membantu syarikat dan negara yang menggunakannya untuk menjimatkan kos pengurusan.

3)Perisian yang lebih selamat
Disebabkan kod sumber adalah terbuka,ramai yang memeriksa kod sumber dan lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan.Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama.


Contoh perisian sumber terbuka

1)Linux

2)Mozilla

3)Open Office.org


Terma Pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut:

1)Pengedaran semula bebas
Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber.Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.

2)Kod sumber
Aturcara perlu mengandungi kod sumber dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pegaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara .Kod sumber yang sengaja mengelirukan dan bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.

3)Kerja bersumber
Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

4)keutuhan kod pencipta kod sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda. Lesen tersebut perlu membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda.

5)Tiada diskriminasi terhadap seseorang atau kumpulan.

6)Tiada diskriminasi terhadap usaha bidang lain
Contohnya lesen tersebut tidak melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan atau kajian genetik.

7)Pengedaran lesen
Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada mereka yang mengedar semula aturcara tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.

8)Lesen tidak boleh khusus kepada satu produk
Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.

9)Perisian tidak boleh menghadkan perisian yang lain
Perisian tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal.


Sekian....

Wednesday, 5 October 2011

Minggu Kedua...

Komputer Dalam Pendidikan

Komputer dalam pendidikan (GE1155) merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar tahun pertama bagi Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Keadaan ini seiring dengan peredaran zaman yang amat mementingkan dan mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan warga dunia. Justeru, kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat ini haruslah dipelajari dan dipraktikkan untuk kegunaan individu dan bersama.

Kami telah menghadiri kelas yang pertama bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu kedua iaitu pada 29 September 2011. Dalam kelas yang pertama ini, kami telah diarahkan untuk mencipta akaun yahoo mail, google mail, yahoo group, facebook, facebook group dan blog. Pendaftaran akaun-akaun ini telah dibuat secara individu.

Yahoo Mail dan Google Mail..

Yahoo mail dan google mail digunakan untuk menghantar dan menerima pesanan atau mesej daripada koordinator kursus kami iaitu Dr Siti Fatimah binti Mohd Yassin dan juga pensyarah kursus kami iaitu Pn Norhafizah binti Adnan. Pada permulaannya, kami ditugaskan untuk membuat akaun yahoo dan google secara rasmi. Selepas mendaftar kedua-dua akaun tersebut, kami perlu mengedit 'signature' untuk setiap akaun email tersebut. Signature tersebut harus diisi dengan nama penuh, program, institusi, nombor telefon, serta alamat akaun yahoo, google, facebook, facebook group, yahoo group dan blog dengan menggunakan link yang betul.




Facebook..

Selepas selesai mendaftar akaun yahoo dan google, kami perlu membuat akaun facebook secara rasmi. Kami dikehendaki untuk menambah kenalan baru yang terdiri daripada rakan-rakan sekelas kami iaitu S1K4, pensyarah kursus dan koordinator kursus kami. Kami juga perlu memperkenalkan diri kami setelah selesai menambah kenalan. Selain itu, kami diminta untuk mengedit akaun facebook dengan meletakkan 'username' seperti yang telah dilakukan di dalam akaun yahoo dan google. Contohnya, http://www.facebook.com/ainaabubakar. Kemudian, masukkan alamat facebook tersebut ke dalam signature yahoo mail dan google mail.





Yahoo Group..

Yahoo group digunakan untuk memudahkan urusan perbincangan antara ahli kumpulan dan tajuk perbincangan pula adalah menyeluruh. Untuk mendapatkan akaun yahoo group, kami perlu melayari laman web http://groups.yahoo.com/ dan mandaftar dengan menggunakan yahoo id yang sah. Kemudian, kami diminta untuk menamakan group tersebut dengan nombor matrik dan group serta meletakkan nama penuh dan prgram dalam bentuk kurungan (description box). Sebagai contoh, A137330S1K4 (Aainaa Abu Bakar-Khas). Setelah itu, kami perlu 'invite' pensyarah kursus dan koordinator kursus iaitu ge1155@yahoo.com.



Facebook Group..

Facebook group juga digunakan untuk memudahkan urusan perbincangan antara ahli kumpulan. Kami diminta untuk mencipta akaun facebook group. Kemudian, namakan facebook group kami dengan nombor matrik dan kumpulan serta nama penuh dan pragram di dalam 'description box'. Sebagai contoh, A137330S1K4 (Aainaa Abu Bakar-Khas). Cara untuk membuat akaun facebook group adalah sama seperti yahoo group. Selepas itu, kami perlu 'invite' kawan-kawan sekelas, pensyarah kursus dan koordinator kursus. Setelah siap, masukkan alamat facebook group tersebut ke dalam signature.



Blog..

Perkara terakhir yang harus kami lakukan ialah membuat blog. Blog boleh dibuat melaui akaun google. Kami harus mencipta dan mendaftar blog secara rasmi sama seperti yahoo group dan facebook group. Kami perlu menamakan blog tersebut dengan nombor matrik dan kumpulan beserta nama penuh dan program yang diambil. Setelah itu, editkan signature google dan yahoo dengan memasukkan alamat blog tersebut. Kemudian, kami ditugaskan untuk menghantar email yang telah dilengkapi dengan signature dan link yang betul kepada pensyarah kursus dan koordinator kursus. Dengan penciptaan blog ini serba sedikit telah memberikan saya pengalaman untuk berkongsi ilmu yang telah saya perolehi dengan kawan-kawan lain.