Sunday, 25 December 2011

Minggu Keempat Belas...

Minggu 14 merupakan minggu terakhir bagi kami dalam mengikuti pembelajaran untuk kursus Komputer Dalam Pendidikan sebelum kami menempuhi alam peperiksaan. Tugasan pada minggu ini amat memberikan cabaran yang kuat kepada kami semua. Tugasan yang dimaksudkan ialah Database. Database boleh dibuat dengan menggunakan perisian OpenOffice Base dan Microsoft Office Access. Tetapi saya telah membuat pilihan untuk membuatnya dengan menggunakan OpenOffice Base.

OpenOffice Base

Pertama sekali, kami perlu mengisi maklumat di dalam Tables, Queries, Forms dan Reports.


Di dalam setiap Tables, Queries, Forms dan Reports itu perlu ada data-data dan butiran iaitu butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum. Setiap satunya harus diisi. Contoh data yang harus dimasukkan ke dalam butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum adalah seperti di bawah ini..

Butiran pelajar :
  • Nombor pelajar
  • Nama pelajar
  • Alamat pelajar
  • No kad pemgenalan
  • Jantina
  • Bangsa
  • Agama
  • Status
  • Kaum 
  • Warganegara
Butiran Keluarga : 
  • Nombor pelajar
  • Nama bapa dan ibu
  • Pekerjaan bapa dan ibu
  • Gaji bapa dan ibu
  • Alamat bapa dan ibu
Butiran Kurikulum
  • Nombor pelajar
  • Kursus 1,2,3
Butiran Kokurikulum
  • Nombor pelajar
  • Uniform
  • Persatuan 1,2
  • Sukan 1,2

Untuk mengisi maklumat di dalam Tables, Tables > Create Table in Design View. Bagi data NOMBOR PELAJAR perlu ditetapkan sebagai Primary Key. Tetapi haruslah diingat bahawa setiap data yang telah dibuat perlulah sentiasa disimpan (save) supaya mudah untuk kita menyelesaikan database tersebut.





Untuk mengisi maklumat di dalam Queries, Queries > Use Wizard to Create Query. Query hendaklah dibuat berdasarkan jadual pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum.



Untuk mengisi maklumat di dalam Forms, Forms > Use Wizard to Create Form. Kemudian data-data yang terdapat dalam setiap butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum hendaklah diisi dalam bentuk Form.



Dan untuk mengisi maklumat di dalam Report, Report > Use Wizard to Create Report. Setelah report tersebut selesai dibuat, maka ia akan berbentuk seperti jadual.


Setelah selesai membuat Tables, Queries, Forms dan Reports, kami perlu membuat Relationship. Tools > Relationship > add setiap butiran yang telah dibuat. Kemudian tarik setiap table butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum supaya ia akan bersambung antara satu sama lain seperti di bawah ini...




Dengan ini, maka berakhirlah tugasan kami pada semester 1 ini. Diharap segala ilmu yang telah dicurahkan melalui kursus Komputer Dalam Pendidikan dapat digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Sekian sahaja dari saya....

Thursday, 22 December 2011

Minggu Ketiga Belas...

SPREADSHEET...Itulah tugasan yang perlu kami lakukan pada minggu 13 ini. Minggu kedua terakhir ini  merupakan tugasan yang perlu dilakukan tanpa mengikut tajuk kami. Perisian OpenOffice Calc dan Microsoft Office Excel merupakan perisian yang perlu kami gunakan untuk membuat spreadsheet tersebut. Dengan menggunakan OpenOffice Calc, kami harus mencipta perbelanjaan diri selama setahun bermula dari bulan Januari hingga Disember. Saya dan rakan-rakan telah membuat keputusan untuk membuat perbelanjaan mengikut mingguan. Manakala Microsoft Office Excel digunakan untuk membuat skor dan gred pelajar.

OpenOffice Calc - Perbelanjaan Diri
  • Bina perbelanjaan diri untuk setahun bermula dari bulan Januari hingga Disember.
  • Namakan sheet mengikut bulan dari bulan Januari 2012 hingga Disember 2012.
  • Buat jadual perbelanjaan diri dengan memasukkan item seperti makanan, pakaian, komunikasi, pembelajaran, pengangkutan dan kesihatan serta item baki minggu lepas, jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan dan baki keseluruhan bagi bulan tersebut.
  • Item makanan, pakaian, komunikasi, pembelajaran, pengangkutan, kesihatan dan jumlah pendapatan perlu diisi oleh kita sendiri. 
  • Manakala untuk mencari nilai baki minggu lepas, jumlah perbelanjaan dan baki keseluruhan adalah :
      1. Baki minggu lepas (diperolehi melalui baki keseluruhan dalam minggu yang lepas)
      2. Jumlah perbelanjaan (makanan + pakaian + komunikasi + pembelajaran + pengangkutan + kesihatan). Caranya adalah dengan klik SUM > highlight item-item perbelanjaan. Contohnya : SUM (E3:J3)
      3. Baki keseluruhan (baki minggu lepas + jumlah pendapatan - jumlah perbelanjaan). Kemudian tarik sahaja anak panah kolum tersebut ke bawah untuk mendapatkan nilai yang diperlukan.
  • Bagi bulan seterusnya iaitu bulan Februari hingga Disember, untuk memudah dan mempercepatkan kerja, kami hanya perlu copy sahaja belanjawan pada bulan Januari, dengan hanya mengubahsuai nilai-nilai perbelanjaan yang telah dibuat di bulan seterusnya. Inilah hasilnya...




Microsoft Office Excel - Skor dan Gred Pelajar
  • Buat jadual skor dan gred pelajar.
  • Senaraikan nama-nama pelajar dan matapelajaran yang diambil.
  • Letakkan markah dan gred di setiap matapelajaran.
  • Buat jadual "Jumlah Markah Gred" untuk menetapkan markah-markah mengikut gred yang betul. Kemudian tetapkan jadual Jumlah Markah Gred sebagai "Define Name". Formulas > Define Name.


  • Selain kolum Jumlah Markah Gred, kolum gred bagi setiap matapelajaran juga perlu ditetapkan sebagai "Define Name". 

  • Seterusnya, tambah fungsi Average, Standard Deviation, Minimum dan Maximum.
  • Cara-cara untuk mendapatkan nilai average, standard deviation, minimum, maximum dan gred ialah :
      1. Average = AVERAGE (D11:D32)
      2. Standard Deviation = STDEV (D11:D32)
      3. Minimum = MIN (D11:D32)
      4. Maximum = MAX (D11:D32)
      5. Gred = VLOOKUP (D11,JumlahMarkahGred,2,TRUE)
  • Kelima-lima fungsi tersebut juga boleh digunakan melalui Formulas > AutoSum / Recently Used / Lookup & Reference.
  • Fungsi Average juga boleh ditetapkan sebagai "Conditional Formating" dengan memilih tetapan "Above Average". Home > Conditional Formating > Top/Bottom Rules > Above Average. Ini dilakukan bagi membezakan markah pelajar-pelajar yang berada di atas markah purata keseluruhan. 


  • Graf bagi setiap matapelajaran perlu dibuat bagi melihat prestasi setiap pelajar. Contohnya : BM = COUNTIF (GredBM,D32).


Thursday, 15 December 2011

Minggu Kesebelas dan Kedua Belas...

Setiap minggu tugasan yang diberikan semakin mencabar pengetahuan kami. Dalam 2 minggu ini iaitu minggu 11 dan 12, kami perlu mempelajari tentang kemahiran pembentangan dan perisian multimedia iaitu OpenOffice Impress. Kemudian, berdasarkan kepada tugasan 5 (mini research), kami perlu membuat pembentangan dengan menggunakan Impress.



Terdapat pelbagai kegunaan dalam menggunakan OpenOffice Impress. Pada hakikatnya, Impress ini adalah sama sahaja jika mahu dibandingkan dengan PowerPoint iaitu terdapat kemudahan seperti Master Pages, Layouts, Table Design, Custom Animation dan Slide Transition. Tetapi, satu perkara yang membezakan kedua-dua jenis perisian ini adalah dari segi penggunaan slides. Impress mempunyai 5 fungsi slides iaitu normal, outlines, notes, handout dan slide sorter.



Inilah hasil kerja pembentangan saya dan pasangan dengan menggunakan perisian OpenOffice Impress...


Namun begitu, kami juga perlu membuat pembentangan dalam bentuk Microsoft PowerPoint. Ini bermakna kami perlu menyelesaikan 2 jenis pembentangan mengikut bentuk yang berbeza. Pembentangan yang dihasilkan dalam bentuk PowerPoint perlu disertakan dengan elemen multimedia iaitu video (edit di dalam Windows Movie Maker), grafik/imej (edit di dalam Paint), animasi (edit di dalam Custom Animation atau GIMP) dan audio (rekod dan edit dengan menggunakan Audacity).

Video...

  • Dibuat dengan menggunakan Windows Movie Maker.
  • Kami perlu membuat satu video yang berkaitan dengan tajuk masing-masing. 
  • Masukkan setiap satu gambar yang mahu digunakan. Susun gambar mengikut kesesuaian kita.

Audio...
  • Boleh dibuat dengan menggunakan perisian Audacity.
  • Audacity ini boleh dimuat turun daripada internet secara percuma tanpa memerlukan sebarang bayaran.
  • Fungsi Audacity : 
      • Digunakan untuk merakam suara dan kemudian boleh memainkan suara tersebut semula.
      • Boleh menukarkan pita rakaman ke dalam bentuk digital.
      • Boleh mengedit pelbagai jenis fail audio.
      • Boleh diedit secara "Cut, Copy and Paste".
      • Boleh menggabungkan beberapa fail suara atau audio.
      • Boleh merakam audio secara live melalui mikrofon, pita rakaman atau minidiscs.
      • Boleh merekod suara sehingga 16 saluran sekaligus.
      • Tahap meter boleh memantau tahap kelantangan sebelum, semasa dan selepas rakaman dilakukan.

Gambar / Imej...
  • Diedit di dalam Paint.
  • Paint mempunyai fungsi untuk mengedit sesuatu gambar mengikut keinginan kita.


Wednesday, 7 December 2011

Minggu Kesembilan dan Kesepuluh...

Tugasan pada minggu ke-9 dan ke-10 ini sangat menarik. Dalam minggu ini, kami perlu mempelajari sistem multimedia iaitu Microsoft Paint/Paint Brush, Shapes/Smart Art Powerpoint, GIMP (OSS), Online-Google Draw (collaborative drawing) dan OpenOffice Draw (OSS).

Pertama sekali, kami perlu mencari maklumat dan belajar dengan lebih terperinci tentang gambar grafik 2D iaitu bitmap dan vektor. Tetapi pernahkah anda semua mendengar ungkapan 'bitmap' atau 'vektor'? Setelah dikaji, bitmap dan vektor merupakan jenis gambar grafik yang diolah di dalam komputer. Tetapi kedua-dua jenis gambar grafik ini adalah berbeza. Gambar-gambar yang merupakan hasil scan adalah gambar-gambar bitmap. Gambar dengan format data bitmap boleh disimpan dalam pelbagai bentuk format fail seperti BMP, EPS, GIF, JPEG, PICT dan TIFF. Manakala gambar-gambar yang dibuat menggunakan aplikasi seperti Adobe Illustarator, Freehand dan Corel Draw akan disimpan sebagai grafik vektor. Data vektor pula boleh disimpan dalam format fail seperti EPS, PDF dan PICT.

Perbezaan gambar bitmap dan vektor

     


Vektor
Bitmap
Disusun oleh objek geometri yang dibuat berdasarkan perhitungan matematis
Disusun oleh objek yang disebut piksel
Mempunyai sifat resolusi yang bebas
Mempunyai sifat resolusi bebas  atau dipengaruhi resolusi
Pengaruh pembesaran tidak pecah atau rosak
Pengaruh pembesaran pecah dan  rosak jika melampaui batas sesuatu  paparan
Saiz penyimpanan adalah kecil
Saiz penyimpanan adalah besar
Digunakan untuk ilustrasi dengan bentuk geometri sederhana, warna solid tanpa terlalu banyak variasi warna. Sesuai untuk logo dan jenis reka bentuk yang bergantung kepada kesederhanaan bentuk.
Digunakan untuk gambar kompleks, dalam bentuk ragam warna dan bentuk yang berlainan, seperti imej daripada hasil sasaran kamera.
Format penyimpanan dalam bentuk AI, CDR, FH, EPS
Format penyimpanan PSD, TIF, JPEG, GIF, BMP
Program yang digunakan adalah Corel Draw, Adobe Illustrator, Macromedia Freehand
Software yang digunakan adalah Adobe Photoshop, Corel Photopaint, MS Paint



Setelah mengkaji serba sedikit tentang 2 jenis gambar grafik tersebut, kami telah ditugaskan untuk membuat brochure dan booklet mengenai tajuk tugasan masing-masing. Kami perlu membuat brochure dengan menggunakan Microsoft Publisher. Microsoft Publisher > Brochure > pilih design. Kami boleh membuat dan mencipta gambar/imej dengan menggunakan mana-mana editor grafik yang telah disediakan. Apabila selesai membuat brochure, simpankannya dalam bentuk format asal dan format pdf.

Inilah brochure yang telah saya dan pasangan hasilkan...




Kemudian, kami juga perlu membuat booklet dengan menggunakan Microsoft Word. Microsoft Word > Page Layout > anak panah kecil di tepi Page Setup > Multiple Pages > Bookfold. Buat muka hadapan booklet dengan menggunakan 2 column. Dan di bawah ini saya sertakan rekaan booklet yang telah saya dan pasangan saya hasilkan...