Pada minggu ini, kami perlu membuat soalan kaji selidik berdasarkan tajuk tugasan kami. 10 soalan diperlukan bagi melengkapkan penyelidikan kaji selidik tersebut. Setiap kumpulan yang mempunyai tajuk yang sama pula perlu membuat soalan kaji selidik yang berbeza. Oleh itu, kami harus berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain supaya soalan-soalan yang dicipta tidak sama. Sebelum memulakan tugasan membuat soalan kaji selidik ini, Dr telah memberikan beberapa garis panduan bagi penyelidikan kaji selidik tersebut. Antara laman webnya ialah :
http://www.statpac.com/surveys/
http://www.surveysystem.com/sdesign.htm
http://www.cc.gatech.edu/classes/cs6751_97_winter/Topics/quest-design/
10 soalan yang dicipta haruslah menggunakan jawapan yang mempunyai pelbagai pilihan. Sebelum membuat soalan-soalan tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan iaitu menetapkan tujuan serta objektif kajian dan cipta beberapa soalan untuk setiap objektif yang dibuat. Objektif saya dan pasangan saya berdasarkan tajuk tugasan kami adalah untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka kepada pelajar-pelajar lain. Untuk menghasilkan soalan kaji selidik tersebut, kami perlu buat dengan menggunakan survey monkey dan google document.
Survey Monkey...
Antara panduan yang kami gunakan untuk survey monkey ialah :
http://help.surveymonkey.com/euf/assets/docs/pdf/UserManual.pdf?nolntercept/1
http://help.surveymonkey.com/app/answers/detail/a_id/29/~/guides-and-tutorials-on-surveymonkey
Sebelum kami memulakan tugasan untuk mencipta 'questionnaire', pendaftaran harus dilakukan secara percuma di http://www.surveymonkey.com/. Setelah mendaftar, kami boleh membuat soalan-soalan kaji selidik tersebut dengan mudah. Ini adalah soalan untuk survey monkey yang saya dan pasangan telah hasilkan http://www.surveymonkey.com/s/MC5GJCZ
Google Document...
Antara panduan yang kami gunakan untuk membuat google doc ialah :
http://teacherlink.ed.usu.edu/TLresources/training2/Google/GoogleForms.pdf
http://vimeo.com/3087713
http://www.google.com/google-d-s/tour1.html
Questionnaire boleh dibuat di dalam google document dengan menggunakan akaun gmail. Buka laman web https://docs.google.com/ atau klik pada bahagian dokumen jika menggunakan gmail. Soalan kaji selidik tersebut boleh dibuat dalam pelbagai bentuk sama ada objektif, subjektif atau lain-lain. Kita boleh menambah demografi dan item/soalan di dalam pelbagai format seperti aneka pilihan, 'checkboxes' dan skala. Saya dan pasangan saya telah membuat soalan dalam bentuk objektif. Selain itu, untuk memperlihatkan google doc tersebut kelihatan menarik, kita boleh memilih salah satu tema daripadanya.
Soalan kaji selidik yang telah saya hasilkan ialah https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dE9jemN1WjFMNUN6U09NVjMxbGtxYVE6MQ
Soalan kaji selidik tersebut perlu diletakkan di dalam facebook peribadi, facebook group dan yahoo group dengan menggunakan laman web https://login.yahoo.com/config/login_verify2?.intl=us&.src=ygrp&.done=http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assignment_5__mini_research_001318731681/. Kemudian, kawan-kawan dari kelas lain digesa untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Selain tu, soalan-soalan tersebut juga perlu dicetak dengan menggunakan google doc dan diedarkan kepada 10 orang respondan.
No comments:
Post a Comment