OpenOffice Base
Pertama sekali, kami perlu mengisi maklumat di dalam Tables, Queries, Forms dan Reports.
Di dalam setiap Tables, Queries, Forms dan Reports itu perlu ada data-data dan butiran iaitu butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum. Setiap satunya harus diisi. Contoh data yang harus dimasukkan ke dalam butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum adalah seperti di bawah ini..
Butiran pelajar :
- Nombor pelajar
- Nama pelajar
- Alamat pelajar
- No kad pemgenalan
- Jantina
- Bangsa
- Agama
- Status
- Kaum
- Warganegara
Butiran Keluarga :
- Nombor pelajar
- Nama bapa dan ibu
- Pekerjaan bapa dan ibu
- Gaji bapa dan ibu
- Alamat bapa dan ibu
Butiran Kurikulum
- Nombor pelajar
- Kursus 1,2,3
Butiran Kokurikulum
- Nombor pelajar
- Uniform
- Persatuan 1,2
- Sukan 1,2
Untuk mengisi maklumat di dalam Tables, Tables > Create Table in Design View. Bagi data NOMBOR PELAJAR perlu ditetapkan sebagai Primary Key. Tetapi haruslah diingat bahawa setiap data yang telah dibuat perlulah sentiasa disimpan (save) supaya mudah untuk kita menyelesaikan database tersebut.
Untuk mengisi maklumat di dalam Queries, Queries > Use Wizard to Create Query. Query hendaklah dibuat berdasarkan jadual pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum.
Untuk mengisi maklumat di dalam Forms, Forms > Use Wizard to Create Form. Kemudian data-data yang terdapat dalam setiap butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum hendaklah diisi dalam bentuk Form.
Dan untuk mengisi maklumat di dalam Report, Report > Use Wizard to Create Report. Setelah report tersebut selesai dibuat, maka ia akan berbentuk seperti jadual.
Setelah selesai membuat Tables, Queries, Forms dan Reports, kami perlu membuat Relationship. Tools > Relationship > add setiap butiran yang telah dibuat. Kemudian tarik setiap table butiran pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum supaya ia akan bersambung antara satu sama lain seperti di bawah ini...
Dengan ini, maka berakhirlah tugasan kami pada semester 1 ini. Diharap segala ilmu yang telah dicurahkan melalui kursus Komputer Dalam Pendidikan dapat digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Sekian sahaja dari saya....







No comments:
Post a Comment