OpenOffice Calc - Perbelanjaan Diri
- Bina perbelanjaan diri untuk setahun bermula dari bulan Januari hingga Disember.
- Namakan sheet mengikut bulan dari bulan Januari 2012 hingga Disember 2012.
- Buat jadual perbelanjaan diri dengan memasukkan item seperti makanan, pakaian, komunikasi, pembelajaran, pengangkutan dan kesihatan serta item baki minggu lepas, jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan dan baki keseluruhan bagi bulan tersebut.
- Item makanan, pakaian, komunikasi, pembelajaran, pengangkutan, kesihatan dan jumlah pendapatan perlu diisi oleh kita sendiri.
- Manakala untuk mencari nilai baki minggu lepas, jumlah perbelanjaan dan baki keseluruhan adalah :
- Baki minggu lepas (diperolehi melalui baki keseluruhan dalam minggu yang lepas)
- Jumlah perbelanjaan (makanan + pakaian + komunikasi + pembelajaran + pengangkutan + kesihatan). Caranya adalah dengan klik SUM > highlight item-item perbelanjaan. Contohnya : SUM (E3:J3)
- Baki keseluruhan (baki minggu lepas + jumlah pendapatan - jumlah perbelanjaan). Kemudian tarik sahaja anak panah kolum tersebut ke bawah untuk mendapatkan nilai yang diperlukan.
- Bagi bulan seterusnya iaitu bulan Februari hingga Disember, untuk memudah dan mempercepatkan kerja, kami hanya perlu copy sahaja belanjawan pada bulan Januari, dengan hanya mengubahsuai nilai-nilai perbelanjaan yang telah dibuat di bulan seterusnya. Inilah hasilnya...
Microsoft Office Excel - Skor dan Gred Pelajar
- Buat jadual skor dan gred pelajar.
- Senaraikan nama-nama pelajar dan matapelajaran yang diambil.
- Letakkan markah dan gred di setiap matapelajaran.
- Buat jadual "Jumlah Markah Gred" untuk menetapkan markah-markah mengikut gred yang betul. Kemudian tetapkan jadual Jumlah Markah Gred sebagai "Define Name". Formulas > Define Name.
- Selain kolum Jumlah Markah Gred, kolum gred bagi setiap matapelajaran juga perlu ditetapkan sebagai "Define Name".
- Seterusnya, tambah fungsi Average, Standard Deviation, Minimum dan Maximum.
- Cara-cara untuk mendapatkan nilai average, standard deviation, minimum, maximum dan gred ialah :
- Average = AVERAGE (D11:D32)
- Standard Deviation = STDEV (D11:D32)
- Minimum = MIN (D11:D32)
- Maximum = MAX (D11:D32)
- Gred = VLOOKUP (D11,JumlahMarkahGred,2,TRUE)
- Kelima-lima fungsi tersebut juga boleh digunakan melalui Formulas > AutoSum / Recently Used / Lookup & Reference.
- Fungsi Average juga boleh ditetapkan sebagai "Conditional Formating" dengan memilih tetapan "Above Average". Home > Conditional Formating > Top/Bottom Rules > Above Average. Ini dilakukan bagi membezakan markah pelajar-pelajar yang berada di atas markah purata keseluruhan.
- Graf bagi setiap matapelajaran perlu dibuat bagi melihat prestasi setiap pelajar. Contohnya : BM = COUNTIF (GredBM,D32).





No comments:
Post a Comment